Ucapan Wong Hon Wai, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam pada 18-11-2015
Perikanan - Menghidupkan semula Malaysia International Tuna Port (MITP) yang gagal.
Saya membaca dalam suratkhabar bahawa negeri Kedah berhasrat untuk melancarkan projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Tebengau, Kuala Kedah. Projek ini dianggarkan bernilai lebih daripada RM3 bilion.
Apa pula terjadi dengan pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung Pulau Pinang. Nama Tuna Port tetapi tiada satu pun kapal tuna beroperasi di Batu Maung?
Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) telah membuat siasatan atas Tuna Port di Batu Maung.
Pelabuhan tuna di Pulau Pinang di bawah Konsesi Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) dan Blindforce Sdn Bhd di mana 40% saham syarikat dimiliki Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan 60% oleh Blindforce bertujuan membangunkan pelabuhan Batu Maung yang bernilai RM243 Juta.
Projek MITP diluluskan tahun 2004 hanya ada dua (2) bangunan kecil dibina dalam tanah seluas 25 ekar daripada perjanjian konsesi 32 tahun. Ini satu projek BN yang gagal.
Malaysia International Tuna port sepatutnya mempunyai perkhidmatan sokongan dan pelbagai downstream activities yang boleh memberi satu lonjakan peningkatan kepada industri perikanan di Pulau Pinang.
PAC membuat kesimpulan projek ini viable kerana lokasi pelabuhan dan infrastruktur sokongan sekitarnya.
Tetapi projek ini gagal (Failed to take off) kerana incompetent management of LKIM dan Blindforce.Mana keadilan untuk industri perikanan?
Projek ini ada 3 fasa tetapi sampai fasa 2 telah dibatalkan dimana wang berjuta-juta telah dibelanjakan.
Malaysia International Tuna Port ialah satu skandal seperti PKFZ kerana melibatkan Guarantee Letter dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.
Industri tuna mempunyai pasaran besar di antarabangsa.
Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya berpandangan adalah lebih kos efektif untuk melibat semula menghidupkan projek MITP di Batu Maung daripada membelanjakan wang berbilion-bilion untuk dirikan Tuna Port baru di Tebengau, Kuala Kedah.
Pulau Pinang mempunyai sokongan logistik yang baik. Top class tuna perlu sejuk segera dan dihantar melalui kapal terbang dalam masa terdekat ke Jepun. Untuk second rated, perlu pula kilang pemprosesan untuk dieksport ke negara luar dan tempatan.
Kenapa tidak menghidupkan semula tuna port di Batu Maung sejajar juga dengan rangka kerja Laluan Sutera Maritim.
Kerajaan Persekutuan diminta memberi penjelasan terhadap skandal MITP dan perancangan lanjut terhadapnya?
2. Perjanjian Perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
Terdapat banyak syarikat Amerika Syarikat yang melabur di Pulau Pinang.
Pelabur antarabangsa seperti Intel, Altera, Dell, Motorola dan MNC menawarkan puluhan ribuan peluang pekerjaan kepada Pulau Pinang.
Kita perlu melihat TPPA dari aspek positif dan implikasinya terhadap Malaysia dan Pulau Pinang.
Sekiranya Malaysia sebahagian dari TPPA, produk yang hendak dihantar balik ke Amerika Syarikat mendapat pengecualian cukai.
Kalau Malaysia tidak menjadi ahli, maka produk-produk yang hendak dieksport ke Amerika nanti mungkin dikenakan cukai duti.
Saya rasa ini perkara penting kerana keputusan samada menyertai TPPA akan menjadi faktor penentu samada pelaburan asing akan terus masuk ke Pulau Pinang. Saya khuatir juga sekiranya Malaysia tidak memasuki TPPA dan negara-negara Asia Pasifik lain menyertai TPPA daya saingan kita akan menurun.
Perindustrian kita akan terhakis dan menghadapi risiko kehilangan dan pemindahan keluar pelabur-pelabur dan syarikat antarabangsa Amerika Syarikat.
Saya meminta kerajaan Negeri melalui Penang Istitute supaya mengkaji sedalamnya tentang implikasi TPPA terhadap pembangunan ekonomi perindustrian dan peluang pekerjaan di Pulau Pinang.
3. Digital Network Roadmap
Saya ingin mengatakan usaha Free WiFi Kerajaan Negeri adalah usaha positif.
Tetapi apakah strategi digital kita hanya Free WiFi sahaja.
Apakah Digital Network Roadmap kita? Kita mempunyai Transport Master Plan yang ada pelbagai cadangan jalan, lebuhraya, mod pengangkutan yang baru Tunnel, Skycab dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan Digital Network Master Plan kita? Apakah Pan-Penang Fiber Optic Plan? Apakah kesiap-segaran kita terhadap cabaran digital ekonomi?
Saya terima maklum balas dari pengundi di Air Itam bahawa tiada rangkaian high-speed Internet di taman-taman perumahan di Air Itam. Fiber optic ada tetapi tiada perkhidmatan last mile oleh service provider.
4. Masalah Fully Automated kutipan Tol di Pulau Pinang
Sejak kutipan tol dijalankan secara automatik (tiada lagi kutipan tunai) di Pulau Pinang pada 09-09-2015. Saya sendiri hadapi masalah breakdown yang berlaku di Tol Kubang Semang pada 30-10-2015.
Ratusan kereta berbaris di Tol Kubang Semang di kedua-dua belah tol tidak dapat melalui tol kerana System Down. Saya berada di kereta ke-4 tetapi terpaksa menunggu setengah jam untuk melepasi tol. Saya difahamkan queue panjang berlanjutan 1 1/2 jam.
Apakah syarikat konsesi tidak mempunyai contingency plan dalam keadaan sedemikian?
Saya khuatir perkara ini berulang lagi waktu peak hour di Jambatam Pulau Pinang yang akan kemudiannya melibatkan beribu-ribu kereta.
Minta EXCO berkenaan mendapatkan laporan penuh.
Saya menyatakan sekiranya fully automated tol system down dan tidak dapat dihidupkan dalam masa 3 minit, semua gate tol perlu buka dan membenarkan kereta melalui tanpa perlu kutipan tol.
Pembayaran tol tidak harus dikenakan bayaran atas sesuatu perkhidmatan system down.
5. Permintaan Negeri Kedah
Saya ingin membidas permintaan oleh Menteri Besar Kedah Dato Mukhriz Mahathir kerkenaan permintaannya sebanyak RM10 Juta terhadap bayaran perjanjian antara Kedah dan British untuk Wilayah Seberang Perai.
Dato Mukhriz membuat permintaan sedemikian baru-baru ini terhadap Kerajaan Persekutuan.
Saya meminta MB Kedah janganlah membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berasas terhadap Pulau Pinang untuk mendapatkan political mileage.
Bukan kali pertama MB Kedah menyatakan demikian.
Pada Julai 2013, saya berdebat di Dewan ini dan mengkritik Kerajaan Kedah kerana membuat tuntutan terhadap Kerajaan Pulau Pinang berkenaan sumber air mentah dari Sungai Muda. Saya menyatakan bahawa Sg Muda merupakan sempadan Kedah-Pulau Pinang dan menurut undang-undang antarabangsa dan Common Law, sumber air sungai yang merupakan sempadan adalah hak bersama jiran-jiran. Tiada asas untuk menuntut wang itu.
Pada Mei 2015 saya berdebat di Dewan ini juga mengkritik Kerajaan Kedah yang ingin mengutip conservation charges terhadap Pulau Pinang untuk melindungi hutan di utara Kedah. Saya menyatakan negeri Kedah perlu meminta peruntukan dari Persekutuan kerana jelapang padi Kedah membekalkan padi kepada seluruh Persekutuan dan bukan kepada Pulau Pinang sahaja.
Pada kali ini pula, MB Kedah pula kata wang perjanjian. Itu macam trilogi.
Sebagai wakil rakyat, lawmaker Pulau Pinang, saya menegaskan bahawa segala perjanjian Colonial Seberang Perai expired apabila kita merdeka.
Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 menyatakan kedudukan Pulau Pinang berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain. Semua 13 negeri adalah mempunyai hak sama rata.
Tidak timbul isu permintaan RM10 juta wang Perjanjian Seberang Perai ini.
Kerajaan Persekutuan juga turut tidak layan terhadap tuntutan MB Kedah ini.
6. Ahli Tanjong Bungah telah menyatakan tentang contoh negara-negara Komanwel yang menghadkan tempoh Perdana Menteri 2 penggal.
Saya menyatakan Trinidad & Tobago yang dipetik oleh Tanjong Bungah bukan satu contoh yang baik.
Kita tidak perlu melawat negara tersebut untuk mengetahui keadaan politik negara tersebut. Sekadar Google mencukupi.
Trinidad & Tobago mengisytiharkan State of Emergency (Darurat) atas krisis dalam negara tersebut.
Fixed-Term Parliaments Act yang dipetik oleh Tanjong Bungah ialah produk krisis politik di United Kingdom. Pada tahun 2011, berlakunya Perlimen tergantung (Hung Parliament) di UK dan tiada parti yang memenangi pilihanraya 2011 dengan kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan. 5 Hari baru boleh bentuk kerajaan. Oleh itu atas negotiation politik satu undang-undang diluluskan untuk menetapkan tarikh pilihanraya akan datang pada 7-5-2015. It was part of Coalition Government Agreement pada masa itu.
Oleh itu, Ahli Tanjong Bungah perlu memahami bahawa cadangan beliau ada kelemahanya.
Harus diingatkan dalam Akta UK ini, ia akan dikaji semula pada tahun 2020.
Contoh Thailand pula. Thailand bukan mengamalkan Westminster System. Adakah pengetahuan umum bahawa sudah banyak kali perlembagaan Thailand dibubarkan dan perlembagaan baru dibuat dan banyak Jawatankuasa Kajian perlembagaan ditubuhkan. Sekarang, pihak tentera menjadi pemerintah di Thailand.